Pembiayaan Auto Servis

Proses Permohonan Yang Mudah

Icons-01-e

Permohonan

Mudah

Icons-02-stress-free

Pembiayaan tanpa STRESS

dengan bayaran bulanan yang rendah

Icons-03-quick

Segera

Kelulusan

Icons-04-easy

Tanpa kad kredit atau debit 

Icons-05-shariah

Patuh

Shariah

Nikmati Pelbagai Servis Kenderaan Bagi
Memastikan Pemanduan Pada Tahap Yang Terbaik

Nikmati Pelbagai Servis Kenderaan Bagi Memastikan Pemandian Pada Tahap Yang Terbaik

Icons-06-oil

Servis
Minyak

Icons-07-battery

Tukar
Bateri

Icons-08-brake

Servis
Brek

Icons-09-paint

Cat & Ketuk
Kereta

Icons-10-tyre

Servis
Tayar Kereta

Icons-11-aircon

Servis
Penghawa Dingin

Icons-12-accs

Aksesori
Kereta

Icons-13-parts

Alat Ganti
Kenderaan

How To Apply

Muat Naik

Hanya kad pengenalan dan penyata bank

Daftar Keluar

Buat bayaran pertama, sediakan pelan pembayaran bulanan dan tandatangan kontrak pembiayaan

FAQ

Apakah Pembiayaan Perkhidmatan Auto ini?

Pembiayaan Auto Servis (Servis Kereta Sekarang, Bayar Kemudian) adalah kemudahan pembiayaan yang tidak bercagar dan juga patuh Syariah. Pembiayaan ini adalah untuk tujuan perkhidmatan auto servis di mana amaun pembiayaan yang diluluskan akan dibayar kepada MyAssist atau bengkel panel (tempat yang anda servis kenderaan). Kemudahan pembiayaan ini dikira berdasarkan kadar keuntungan tetap di mana bayaran ansuran bulanan adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan. Sekarang anda boleh bayar ansuran servis kereta dan lanjutkan bayaran bulanan sehingga 12 kali.

Apakah konsep Syariah yang digunapakai untuk produk ini?

Pembiayaan Auto Servis berdasarkan konsep Komoditi Murabahah melalui Tawarruq, yang terdiri daripada dua kontrak jual beli yang berasingan:

  • Penjualan komoditi patuh Syariah melalui Direct Lending kepada anda (sebagai pembeli) secara tertunda (iaitu ansuran), dimana harga jualan komoditi itu adalah terdiri daripada kos pemerolehan dan keuntungan yang setuju (Murabahah); dan
  • Penjualan komoditi yang sama oleh anda (sebagai penjual) kepada pihak ketiga secara tunai (untuk mendapatkan dana untuk servis kereta anda dengan MyAssist).

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan ini?

Selain daripada butiran peribadi, kami hanya memerlukan dua dokumen ini:
  • Gambar IC (depan dan belakang)
  • Penyata bank 3 bulan terkini (akaun utama yang menerima pendapatan seperti gaji).

Siapakah yang layak untuk memohon pembiayaan ini?

Pembiayaan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 – 65 tahun. Anda mesti mempunyai akaun perbankan dalam talian. Kad kredit TIDAK wajib.

Berapakah tempoh masa permohonan pembiayaan akan diluluskan?

Ia mengambil masa beberapa saat untuk mengetahui keputusan pra-kelayakan anda berdasarkan profil kredit anda dan anda akan dimaklumkan (melalui WhatsApp) oleh Direct Lending tentang keputusan akhir sepantas 15 minit (semasa waktu bekerja) selepas menyerahkan dokumentasi yang lengkap.

Bilakah saya boleh servis kereta selepas permohonan diluluskan?

Setelah menerima pra-kelulusan, anda boleh menggunakan kemudahan tersebut dalam masa 2 minggu. Selepas anda ketahui jumlah bayaran ansuran untuk baiki kereta; anda boleh mula merancang dan menempah temujanji dengan MyAssist atau melawat mana-mana panel bengkel MyAssist. Anda juga boleh terus membuat permohonan di panel bengkel MyAssist sekiranya anda mendapati ada keperluan dana yang lebih, kami akan memberikan keputusan pra-lulus secepat 15 minit (semasa waktu kerja).

Apakah yang saya perolehi daripada produk ini?

Amaun Pembiayaan: RM300 – RM5,000
Tempoh Ansuran: 3 / 6 / 9 / 12 bulan
Kadar Keuntungan: sehingga 1.5% sebulan*
*¹ bergantung pada profil kredit pelanggan

Apakah fi dan caj yang saya perlu bayar?

Fi Wakalah RM30 akan dicaj (sekali sahaja) dan ditambah kepada bayaran ansuran pertama anda, yang perlu dibayar semasa proses “checkout” dalam talian.

Perlukah saya pergi ke pejabat pembiaya untuk menandatangani kontrak?

Tidak, ia akan dilakukan di bengkel selepas servis selesai dan apabila anda bersetuju dengan pembiayaan tersebut. Kebanyakan proses hanya dilakukan secara digital melalui telefon pintar anda.

Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?

Kemudahan pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin atau cagaran.

Bagaimanakah pembiayaan akan dikreditkan?

Pembiaya akan mengkreditkan amaun pembiayaan terus ke MyAssist 3 hari selepas perjanjian ditandatangani untuk membayar bil servis kereta. Sekiranya jumlah pembiayaan tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan bil anda, anda dikehendaki membayar baki pembayaran terus kepada MyAssist atau panel bengkel MyAssist sebelum mengambil kereta anda.

Bagaimanakah saya membuat bayaran bulanan?

Sebelum menandatangani perjanjian pembiayaan di platform Direct Lending, anda perlu sediakan eMandat untuk membenarkan proses auto debit melalui akaun bank anda, daripada institusi kewangan berlesen di Malaysia.
Bayaran bulanan akan ditolak daripada akaun ini pada hari yang sama (semasa perjanjian ditandatangani) dan juga pada bulan-bulan berikutnya sepanjang tempoh pembiayaan.

Apakah akan terjadi bila saya lewat membuat bayaran bulanan?

Anda akan dikenakan caj lewat bayar sebanyak 8% setahun yang terdiri daripada; Ta’widh (pampasan) 1% setahun dan Gharamah (penalti) 7% setahun pada ansuran tertunggak. Caj Gharamah (penalti) ini akan disalurkan kepada badan kebajikan. Caj lewat bayar ini tidak akan dikompaun.
Caj lewat bayar ini tidak akan dikompaun.

Bagaimana sekiranya saya menyelesaikan sepenuhnya pembiayaan sebelum tempoh matang?

Anda boleh membuat penyelesaian awal sebelum tamat tempoh ansuran, dengan memberikan notis bertulis 1 minggu terlebih dahulu kepada Direct Lending. Rebat akan diberikan kepada anda berdasarkan baki keuntungan tertunda.

Apakah hubungan antara MyAssist dan Direct Lending dalam pembiayaan Auto Servis?

MyAssist bekerjasama dengan Direct Lending untuk menawarkan Pembiayaan Auto Servis ini, di mana pengguna MyAssist boleh membayar bil pembaikan atau servis kereta mereka melalui pelan ansuran.

Siapakah Direct Lending?

Direct Lending diadakan pada 2016 sebagai satu platform pembiayaan digital yang membolehkan peminjam mencari, memohon dan menerima pembiayaan yang sesuai dengan mereka dengan cara yang selamat dan berpatutan. Ia memperoleh lesen komuniti kredit (pinjaman wang) daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 2021.
Pada Mac 2022, ia melancarkan satu pelan ansuran servis kereta yang berpatuh Syariah untuk pemilik kereta membayar bil servis atau pembaikan kereta.

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyAssist untuk pembiayaan kenderaan semasa pembaikan kereta?

MyAssist menawarkan bantuan dengan mengatur dan menguruskan pembaikan kereta melalui bengkel panel kami atau menggunakan juruteknik kami untuk menyelenggara kenderaan sehingga ia siap digunakan sepenuhnya.

Apakah perkhidmatan yang disediakan dalam pembiayaan perkhidmatan ini?

Perkhidmatan ini tersedia untuk pembiayaan perkhidmatan kereta termasuk servis penyelenggaraan berkala, servis kenderaan yang rosak, pembaikan kereta akibat banjir, servis ketuk dan mengecat, aksesori kenderaan, pertukaran tayar baru, serta pelbagai perkhidmatan lain yang berkaitan.

Mengapa permohonan saya ditolak?

Sebagai pembiaya yang bertanggungjawab, ini adalah penting untuk kami mempertimbangkan kesejahteraan kewangan pelanggan kami kerana kami tidak mahu aplikasi ini menambah beban kewangan tambahan kepada pelanggan kami, yang bertentangan dengan komitmen kami terhadap kesihatan kewangan mereka. Setiap permohonan akan diberi semakan yang teliti, dan alasan penolakan yang biasa termasuk skor kredit yang lebih rendah, komitmen yang lebih tinggi atau corak pembayaran pinjaman/pembiayaan sedia ada.

Apakah yang boleh saya lakukan sekiranya permohonan saya ditolak?

Anda masih boleh servis kereta anda, bayaran mesti dibuat secara tunai atau atas talian. Bayaran atas talian boleh dilakukan melalui nombor akaun dibawah:
Nama Bank: RHB BANK BERHAD
Nombor Akaun: 2121-70000-68536
Nama Akaun: MYEG AUTO ASSIST SDN BHD

Apakah yang berlaku seterusnya sekiranya saya bersetuju meneria tawaran itu?

Sekiranya anda bersetuju untuk meneruskan pelan ansuran ini, sila balas WhatsApp Direct Lending atau maklumkan kepada MyAssist.
Satu link akan dihantar ke WhatsApp anda untuk melengkapkan proses “checkout” online (lihat soalan seterusnya untuk maklumat lanjut) melalui Direct Lending.

Apakah proses ”checkout” atas talian?

Untuk menggunakan pelan ansuran yang diluluskan untuk membayar servis / baiki kereta, anda perlu mengikut langkah-langkah pada skrin untuk melengkapkan: (1) mengesahkan jumlah akhir; (2) buat pembayaran ansuran pertama & sediakan auto debit & (3) tandatangan perjanjian fasiliti melalui OTP.

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan pembiayaan perkhidmatan ini?

Anda boleh mendapatkan pembiayaan perkhidmatan kenderaan dengan menghubungi kami di +603 76648088, menghantar WhatsApp kepada kami di 011-279 58916 , atau mengimbas kod QR untuk berbual dengan penasihat perkhidmatan kami.
Anda boleh memohon pembiayaan Auto Servis ini melalui link unik yang akan disediakan oleh MyAssist.

Pembiayaan servis kenderaan dikuasakan oleh